Fly Away
Home About Stuffs Twitter Follow Dash

owner


♥ Mutiara Mujahidah ♥

tagboard


Credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah. Owner Az_zahrah

Memahami Ibrah Dari Sebuah Ujian.
Saturday, 19 August 2017 • 03:14 • 0 comments





"Dunia penjara bagi orang Mukmin dan Syurga bagi orang kafir." (Hadis Riwayat Muslim)
Kehidupan, kita tidak akan dapat lari daripada hidup yang penuh dengan ujian lebih-lebih lagi kita sekarang berada di zaman fitnah yang sangat dasyat.

Teringat diri ini akan satu pesanan dari Ustaz Pahrol Mohamad Juoi:
Allah memberi peringatan kepada hambaNya dengan ujian kecil seperti membaling batu-batu kecil. biar rasa sakit sikit untuk menguji samaada hambaNya mengingatiNya dan berusaha memperbaiki dirinya. Tapi jika si hamba masih alpa dalam mengingatiNya, Allah turunkan musibah umpama membaling batu blok sebagai panggilan untuk menguji tahap keimanan kita. 
Walaupun mungkin bukan ayat itu yang dituturkan namun lebih kurang begitulah pesanannya.

Hakikatnya, kita tidak boleh lari dari kenyataan. Hidup ini adalah untuk menguji kita dan untuk itu jugalah dunia ini dicipta.

Siapalah kita untuk menolak ujian yang diberikan. Siapalah kita untuk membenci setiap ujian yang diberikan. Tidakkah kitasedar yang kita hanyalah hambaNya? Dan bernyawanya kita ini pun juga atas belas ehsanNya.

Sedangkan telah termaktub bagi mereka yang mengaku Islam untuk mematuhi rukunNya yang meyakini bahawa setiap ketetapan adalah dari Allah dan atas kehendakNya juga.

Apakah sebenarnya maksud Ibrah itu?

Ibrah itu bermaksud pengajaran.

Ibrah itu pengajaran dan pembelajaran, a lesson. Sesuatu yang dapat kita kumpul sepanjang selusur kehidupan kita ini. "Lesson learnt" itu mungkin dalam bentuk sejarah kehidupan peribadi, mungkin juga dari sejarah kehidupan orang lain.

Dan yang paling utama "ibrah" kehidupan para Nabi, Sirah-sirah peperangan serta Ulama-ulama.
"Ambillah ibrah ibrah (pelajaran darinya) wahai bagi orang-orang yang celik mata hatinya (berfikir)" - Al Hasyr 59;2
Diri ini harus perlu terus mengingati, bahawa Allah menguji bukan untuk menghukum. Allah menguji adalah untuk menegur. 

Untuk memanggil kita kembali pada jalanNya. Mungkin ada kesalahan yang kita lakukan yang tidak kita sedari.

Mungkin juga ada kelalaian dalam keikhlasan hati yang kita tidak ketahui. Jadi Allah menegur. Itulah sebabnya bijak pandai menyatakan allah menguji kerana sayang akan hambaNya.

Jadi, yakinilah bahawa diri ini bertuah kerana Allah menyayangi kita.

Bagi mereka yang mampu berdepan ujian dengan tabah dan sabar, akhirnya ujian demi ujian yang datang pada mereka walaupun ujian yang hebat dan berat, mereka tetap berjaya mengharunginya. 

Perkara ini bukan mudah!

Sesiapa yang tidak pernah melaluinya tidak akan mampu merasainya.

Dengan cuba untuk melihat segala yang berlaku pada dirinya dan sisi pandang yang paling memberi sinar, sedikit sebanyak dapat membantu kita untuk terus memotivasikan diri.

Bila kita berjaya menghadapinya, antara satu hikmahnya adalah kita akan mampu menjadi seorang yang berjiwa besar dan lebih matang seterusnya lebih berani untuk terus meneruskan kehidupan.

Meskipun itu bukan alasan untuk hanya berserah tanpa usaha, namun menyedari hakikat ini mampu membuatkan diri lebih tenang untuk mengatur hala tuju ini dengan hati yanglebih lapang.

Kerana. . .

Jika diri ini disayangi Allah, apa lagi yang perlu kita risaukan selain untuk menyayangiNya kembali...
Maka ingatlah, Ibrah dan pengajaran Allah di mana-mana sahaja. Kita hanya cuma perlu celik hati untuk terus sedar.. :)
















Allah Lebih Tahu Apa Yang Terbaik.
Sunday, 7 August 2016 • 04:30 • 0 comments





Bertenang. Teruskan berdoa. Dan tunggu kebahagiaan itu datang. 

Teruskan melangkah ke hadapan. Kerana setiap apa yang berlaku  dalam hidup kita, Allah telah merancang apa yang terbaik buat kita. 

"Jika  kamu tidak dapat bersama dengan orang yang selalu kamu sebut dalam doamu, mungkin kamu akan bersama dengan orang-orang yang dalam dia mendoakanmu."

Di setiap pengakhiran solat, tidak pernah sekalipun kita terlupa untuk mendoakan kebahagian kita dan dia.

Tanpa henti kita meminta supaya Allah mengekalkan hubungan yang dibina atas dasar cinta.

Kita yakin dia yang terbaik.

Yakin dia  jodoh yang memang Allah tetapkan untuk menjadi peneman untuk setiap langkah menghadapi hari-hari yang mendatang.

Kita mahukan segala impian dan harapan menjadi kenyataan.

Tapi, 

... Tanpa diduga semuanya adalah sementara.

Semua kegembiraan dan kebahagian itu akhirnya terhenti di pertengahan jalan. Segalanya musnah.

Dunia seolah-olah gelap. Kita rebah runtuh sama seperti kaca.

Dan disaat itu, kita mula ragu.

Marah. Sakit hati. Curiga.

Segalanya jadi bercelaruan.

Saat itu syaitan mula memainkan peranannya.. 

Saat hati rawan, makin mudah hati diperdaya.

Saat hati rapuh, segalanya akan nampak salah di mata.

Amarah menguasai hati, jiwa dan fikiran.

Kita mula mempersoalkan segalanya. Setiap apa yang pernah kita doakan dahulu.

Di hati terdetik :

"Allah janjikan kebahagian untuk hambanya yang berdoa. Tapi selama ini aku tidak pernah berhenti berdoa supaya dijodohkan dengan dia. Tetapi kenapa Allah ambil dia dariku?"

Kita terlupa. Kita hanya manusia. Hamba yang lemah.

Kita hanya merancang tetapi tak semua perancangan yang kita rangka itu adalah sebaik-baik perkara untuk diri kita.


Manusia hanya merancang dengan cita-cita. Tapi Allah merancang dengan cinta.

Banyak perkara yang kita terlepas pandang dalam tempoh kita merancang itu. Kadang-kadang cinta buat kita jadi buta hati.

Yang buruk kekal nampak indah. Kekal cantik. Semua hanya kerana cinta yang menguasai diri.

"Untuk cinta kadangkala kita rela menidakkan yang Ya dan mengiyakan yang Tidak. Buta lagi membutakan jika paksinya bukan Tuhan. - Tribulasi 365 Hari, Dr. Anwar Fazal."

Tarik nafas.

Bertenang.

Cuba ambil masa untuk bersendiri.

Bukan bersendiri untuk menangis meratap. Dan juga bukan untuk berduka.

Tetapi cuba untuk muhasabah diri. Cuba untuk imbas kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang tempoh percintaan dahulu.

Ya, memang betul. Tak pernah sekalipun kita terlupa untuk mendoakan kebahagian antara kita dan dia berkekalan.

Tapi tanya pada diri kita kembali, ikhlaskah hati kita disaat kita meminta ? Adakah hanya kerana cinta pada manusia semata-mata?

"Jodoh itu unik. Seringkali yang dikejar-kejar menjauh. Yang tak sengaja mendekat. Yang seakan sudah pasti menjadi ragu. Yang awalnya diragui menjadi pasti. Yang selalu diimpikan, tak berujung pernikahan. Yang tak pernah difikirkan, bersanding dipelaminan. "- Unknown

 Allah itu Maha Adil.

Dia mendengar setiap permintaan kita. Setiap pengharapan. Setiap bait-bait doa.

Walaupun kita seorang pendosa, Allah masih tetap memakbulkan doa-doa kita. Tanpa sebarang perasaan benci.

Tapi jika begitu, kenapa masih tidak memakbulkan apa yang kita mohon itu?

Kenapa Allah biarkan kita bersedih andai benar Dia sayangkan kita?

Kita terlupa siapa diri kita. Siapa kita yang sebenar. Apa hak kita untuk mempertikaikan setiap aturan Allah?

Allah tak kejam. Tak pernah sekalipun Dia kejam terhadap hambaNya.

Kita hanya tahu menunding jari. Hanya tahu menyalahkan setiap takdir yang telah ditetapkan bila mana keinginan dan kemahuan kita tidak dipenuhi.

Tanpa kita sedar, Allah pegang semua permintaan kita itu kemas-kemas.

Allah tak tunaikan semua kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik buat dirikita.

Dia telah aturkan perjalanan yang jauh lebih indah dari apa yang kita rancang.

 "Percaya saja. Tuhan menggenggam semua doa. Lalu dilepaskanNya satu persatu di saat yang paling tepat. Sabar"

Allah takkan biarkan hambaNya berduka selamanya.

Dia hanya mahu kita kembali ke jalanNya. Ke jalan yang lebih sepatutnya.

Dia berikan perpisahan supaya kita sedar itu bukan yang terbaik buat kita. Bukan juga bermakna Allah tidak sayangkan kita,

"Kadang, tanda cinta Allah terhadap seseorang itu Allah akan biarkan hati dia hancur berkali-kali sampai dia rasa tak ada harapan lagi di dunia ini. Dan itu akan membuat dia punya harapan hanya untuk Allah sahaja. - Syeikh Abdul Kadir Jailani."

 Allah tahu apa yang terbaik. Dia aturkan semuanya menjadi cukup indah.

Kita hanya perlu yakin dan menanti saat dan ketika itu tiba. Dekatkan diri padaNya. Menangislah memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah lalu.

Semoga Dia permudahkan jalan kebahagian kita.

Bila tiba masanya, kebahagian yang sebenar akan berkunjung tiba.

Kebahagian yang kita sendiri tidak pernah terfikir dan terlintas. Apatah lagi kebahagian yang hadir bersama redha Allah.

Trust in Allah timing. Rely on His promises. Wait for His answers. Enjoy His blessing. Relax in His Remembrance.

Janganlah kita salahkan takdir andai perpisahan berlaku.

Kita sepatutnya bersyukur kerana Allah sudah mempeliharakan diri kita dari kedukaan yang lebih dalam.

Atas sebab itu Dia sedarkan kita dari mimpi dan impian palsu itu lebih awal.


Cinta, jika bukan bermisikan syurga, nikmat bahagia tidak akan kekal lama.
Yang namanya cinta akan tiba hanya bila kita terlebih dahulu mendahulukan Tuhan dan ayahbonda dalam semua perkara.
Percayalah "dia" nanti akan muncul di depan mata tanpa disangka-sangka.
saat itu barulah kita tahu betapa benarnya untuk meletakkancinta pada tempatnya sebelum hadirnya "dia". - Diagnosis2
Andai Allah tak sayang kita, mungkin Dia akan biarkan kita terus hanyut dengan cinta palsu yang kita bina sendiri itu.

Dan akhirnya kita rebah tersungkur bersama luka yang dalam hingga tidak mampu lagi untuk bangkit kembali.

Maka, yakinlah dengan ketentuan Allah.


"La Tahzan innallaha ma'ana"
"Don't be sad. Allah is with us."




Kerana Jarak.
Tuesday, 11 November 2014 • 21:45 • 0 comments





Kerana jarak awak putuskan saya.

Kerana jarak awak tinggalkan saya.

Tahukah awak yang sebenarnya jarak itu ada hikmahnya.

Supaya kita tidak banyak melakukan dosa.

Tahukah awak,

ALLAH SWT menjarakkan kita supaya kita mencintai-Nya lebih dari segalanya.

Dan tahukah awak yang ALLAH SWT menjarakkan kita supaya kita merindui-Nya dahulu sebelum kita merindui sesama sendiri?

Sesungguhnya saya bersedih apabila diputuskan.

Tetapi saya bersyukur kerana jaraklah saya meletakkan cinta ini pada-Nya lebih daripada diri awak.

Dan saya redha dengan perpisahan ini kerana kita bertemu kerana ALLAH SWT,

Berpisah juga kerana ALLAH SWT.

Dan tidak mustahil kita akan bertemu kembali kerana-Nya.

Saya kembali bangun dari jatuh tersungkur kerana ALLAH SWT sayangkan saya.

Walaupun kita rasa ALLAH SWT jauh,

Tapi sebenarnya DIA dekat dihati kita.

DIA selalu mendengar rintihan doa-doa yang hamba-Nya panjatkan.

Sesungguhnya,

 Jika kita bersatu atas jalan cinta yang diredhai-Nya,

In Shaa Allah kita akan kekal bersama. 

Cuma satu pesan saya, janganlah awak jadikan jarak ini sebagai satu penghalang untuk cinta yang diredhai-Nya kerana apabila ALLAH SWT kehendaki sesuatu, maka jadilah ia.

KUN FAYAKUN







Indah, Keindahan.
Monday, 3 March 2014 • 21:59 • 0 comments





[ 2: 216 ] rujuk surat cinta :')

Hidup ini indah, indah sangat. tapi sometimes kita tak jumpa mana keindahan itu? kan, jujurnya hamba ini jugak kadang tak jumpa dimana indah itu :')

Dalam hidup in, ALLAH itulah perisa dan warna. macam mana nak jumpa atau nak menampakkan ujian itu indah?

tanya sama hati,
redha ke? ikhlas ke?
senyum. :)

susah nak redha, susah nak ikhlas.
namun bila ujian datang dan datang lagi
ajarlah hati bersangka baik
lama-lama
kamu akan akui ada keindahan,
kamu akan nampak "indah" itu.

***

Alhamdulillah dah sembilan belas tahun dirumah,
saya test tahap keyakinan saya pada ALLAH,
sedarlah saya selama ni saya 'kurang' yakin dengan ALLAH.
cuba check betulkah anda benar-benar yakin dengan ALLAH.

Hari ini, saya tersedar
indahnya rencanaNya,
saya berserah padaNya,
saat hati mula belajar,
saat saya mula meninggalkan setiap harapan yang pernah terbit.

lalu hati berbisik,
mungkin ALLAH nak ajar saya
ALLAH nak bantu saya sebenarnya :')

MOVE ON
mengalir jugak air mata saat tersedar.
takpelah, ALLAH punya rencaa aka datang tak tahuka.
biarlah Dia disitu .
saya takkan kacau.

senyum, airmata bersatu, 
rencanaMu Ya Ilahi.

Bersangka baik. senyum. redha. ikhlas. temui keindahan itu :') 



 



Doa Seorang Kekasih
Friday, 26 July 2013 • 00:34 • 0 comments



Setiap insan dikurniakan hati dan perasaan oleh ALLAH SWT. Sesungguhnya hati yang dikurniakan kepadaku ini telah terpaut pada keperibadian seorang hambaMu yang begitu istimewa bagiku. Dengan adanya perasaan ini, ku menjadi semakin bersungguh-sungguh untuk mengenali dirinya. Perasaan ini hanya mampu terluah dalam doaku kepadaMu Ya ALLAH.

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan dia milikku, tercipta untuk diriku
satukanlah hatinya dengan hatiku
titipkanlah kebahagiaan
Ya ALLAH ku mohon
apa yang telah Kau takdirkan
ku harap dia adalah yang terbaik buatku
kerana Engkau tahu segala isi hatiku
pelihara daku dari kemurkaanMu
Ya Tuhanku, Ya Maha Pemurah
beri kekuatan jua harapan
membina diri yang lesu tak bermaya
semaikan setulus kasih di jiwa
ku pasrah kepadaMu
kurniakanlah aku
pasangan yang beriman
bisa menemani aku
supaya ku dan dia
dapat melayan bahtera
ke muara cinta yang Engkau redhai
Ya ALLAH.
Oh.. Tuhan
seandai dia
satukanlah
Ya ALLAH, ku mohon
apa yang telah Kau takdirkan
ku harap dia adalah yang terbaik buatku
kerana Engkau tahu segala isi hatiku
pelihara daku dari kemurkaanMu
Ya Tuhanku, Yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
dengarlah rintihan hambaMu ini
jangan Engkau biarkan ku sendiri
agarku bisa bahagia
walaupun tanpa bersamanya
gantikanlah yang hilang
tumbuhkan yang telah patah
ku inginkan bahagia
di dunia dan akhirat
padaMu Tuhan ku mohon segala.

Sesungguhnya yang tersirat itu bahagia buatku, tetapi jika dia mengetahui isi hati ini lebih akan membuatku tersangatlah bahagia. In Sha Allah. Ana Uhibbuki Fillah :)