Fly Away
Home About Stuffs Twitter Follow Dash

owner


♥ Mutiara Mujahidah ♥

tagboard


Credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah. Owner Az_zahrah

Memahami Ibrah Dari Sebuah Ujian.
Saturday 19 August 2017 • 03:14 • 0 comments





"Dunia penjara bagi orang Mukmin dan Syurga bagi orang kafir." (Hadis Riwayat Muslim)
Kehidupan, kita tidak akan dapat lari daripada hidup yang penuh dengan ujian lebih-lebih lagi kita sekarang berada di zaman fitnah yang sangat dasyat.

Teringat diri ini akan satu pesanan dari Ustaz Pahrol Mohamad Juoi:
Allah memberi peringatan kepada hambaNya dengan ujian kecil seperti membaling batu-batu kecil. biar rasa sakit sikit untuk menguji samaada hambaNya mengingatiNya dan berusaha memperbaiki dirinya. Tapi jika si hamba masih alpa dalam mengingatiNya, Allah turunkan musibah umpama membaling batu blok sebagai panggilan untuk menguji tahap keimanan kita. 
Walaupun mungkin bukan ayat itu yang dituturkan namun lebih kurang begitulah pesanannya.

Hakikatnya, kita tidak boleh lari dari kenyataan. Hidup ini adalah untuk menguji kita dan untuk itu jugalah dunia ini dicipta.

Siapalah kita untuk menolak ujian yang diberikan. Siapalah kita untuk membenci setiap ujian yang diberikan. Tidakkah kitasedar yang kita hanyalah hambaNya? Dan bernyawanya kita ini pun juga atas belas ehsanNya.

Sedangkan telah termaktub bagi mereka yang mengaku Islam untuk mematuhi rukunNya yang meyakini bahawa setiap ketetapan adalah dari Allah dan atas kehendakNya juga.

Apakah sebenarnya maksud Ibrah itu?

Ibrah itu bermaksud pengajaran.

Ibrah itu pengajaran dan pembelajaran, a lesson. Sesuatu yang dapat kita kumpul sepanjang selusur kehidupan kita ini. "Lesson learnt" itu mungkin dalam bentuk sejarah kehidupan peribadi, mungkin juga dari sejarah kehidupan orang lain.

Dan yang paling utama "ibrah" kehidupan para Nabi, Sirah-sirah peperangan serta Ulama-ulama.
"Ambillah ibrah ibrah (pelajaran darinya) wahai bagi orang-orang yang celik mata hatinya (berfikir)" - Al Hasyr 59;2
Diri ini harus perlu terus mengingati, bahawa Allah menguji bukan untuk menghukum. Allah menguji adalah untuk menegur. 

Untuk memanggil kita kembali pada jalanNya. Mungkin ada kesalahan yang kita lakukan yang tidak kita sedari.

Mungkin juga ada kelalaian dalam keikhlasan hati yang kita tidak ketahui. Jadi Allah menegur. Itulah sebabnya bijak pandai menyatakan allah menguji kerana sayang akan hambaNya.

Jadi, yakinilah bahawa diri ini bertuah kerana Allah menyayangi kita.

Bagi mereka yang mampu berdepan ujian dengan tabah dan sabar, akhirnya ujian demi ujian yang datang pada mereka walaupun ujian yang hebat dan berat, mereka tetap berjaya mengharunginya. 

Perkara ini bukan mudah!

Sesiapa yang tidak pernah melaluinya tidak akan mampu merasainya.

Dengan cuba untuk melihat segala yang berlaku pada dirinya dan sisi pandang yang paling memberi sinar, sedikit sebanyak dapat membantu kita untuk terus memotivasikan diri.

Bila kita berjaya menghadapinya, antara satu hikmahnya adalah kita akan mampu menjadi seorang yang berjiwa besar dan lebih matang seterusnya lebih berani untuk terus meneruskan kehidupan.

Meskipun itu bukan alasan untuk hanya berserah tanpa usaha, namun menyedari hakikat ini mampu membuatkan diri lebih tenang untuk mengatur hala tuju ini dengan hati yanglebih lapang.

Kerana. . .

Jika diri ini disayangi Allah, apa lagi yang perlu kita risaukan selain untuk menyayangiNya kembali...
Maka ingatlah, Ibrah dan pengajaran Allah di mana-mana sahaja. Kita hanya cuma perlu celik hati untuk terus sedar.. :)
















0 Comments:

Post a Comment


|