Fly Away
Home About Stuffs Twitter Follow Dash

owner


♥ Mutiara Mujahidah ♥

tagboard


Credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah. Owner Az_zahrah

Allah Lebih Tahu Apa Yang Terbaik.
Sunday 7 August 2016 • 04:30 • 0 comments





Bertenang. Teruskan berdoa. Dan tunggu kebahagiaan itu datang. 

Teruskan melangkah ke hadapan. Kerana setiap apa yang berlaku  dalam hidup kita, Allah telah merancang apa yang terbaik buat kita. 

"Jika  kamu tidak dapat bersama dengan orang yang selalu kamu sebut dalam doamu, mungkin kamu akan bersama dengan orang-orang yang dalam dia mendoakanmu."

Di setiap pengakhiran solat, tidak pernah sekalipun kita terlupa untuk mendoakan kebahagian kita dan dia.

Tanpa henti kita meminta supaya Allah mengekalkan hubungan yang dibina atas dasar cinta.

Kita yakin dia yang terbaik.

Yakin dia  jodoh yang memang Allah tetapkan untuk menjadi peneman untuk setiap langkah menghadapi hari-hari yang mendatang.

Kita mahukan segala impian dan harapan menjadi kenyataan.

Tapi, 

... Tanpa diduga semuanya adalah sementara.

Semua kegembiraan dan kebahagian itu akhirnya terhenti di pertengahan jalan. Segalanya musnah.

Dunia seolah-olah gelap. Kita rebah runtuh sama seperti kaca.

Dan disaat itu, kita mula ragu.

Marah. Sakit hati. Curiga.

Segalanya jadi bercelaruan.

Saat itu syaitan mula memainkan peranannya.. 

Saat hati rawan, makin mudah hati diperdaya.

Saat hati rapuh, segalanya akan nampak salah di mata.

Amarah menguasai hati, jiwa dan fikiran.

Kita mula mempersoalkan segalanya. Setiap apa yang pernah kita doakan dahulu.

Di hati terdetik :

"Allah janjikan kebahagian untuk hambanya yang berdoa. Tapi selama ini aku tidak pernah berhenti berdoa supaya dijodohkan dengan dia. Tetapi kenapa Allah ambil dia dariku?"

Kita terlupa. Kita hanya manusia. Hamba yang lemah.

Kita hanya merancang tetapi tak semua perancangan yang kita rangka itu adalah sebaik-baik perkara untuk diri kita.


Manusia hanya merancang dengan cita-cita. Tapi Allah merancang dengan cinta.

Banyak perkara yang kita terlepas pandang dalam tempoh kita merancang itu. Kadang-kadang cinta buat kita jadi buta hati.

Yang buruk kekal nampak indah. Kekal cantik. Semua hanya kerana cinta yang menguasai diri.

"Untuk cinta kadangkala kita rela menidakkan yang Ya dan mengiyakan yang Tidak. Buta lagi membutakan jika paksinya bukan Tuhan. - Tribulasi 365 Hari, Dr. Anwar Fazal."

Tarik nafas.

Bertenang.

Cuba ambil masa untuk bersendiri.

Bukan bersendiri untuk menangis meratap. Dan juga bukan untuk berduka.

Tetapi cuba untuk muhasabah diri. Cuba untuk imbas kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang tempoh percintaan dahulu.

Ya, memang betul. Tak pernah sekalipun kita terlupa untuk mendoakan kebahagian antara kita dan dia berkekalan.

Tapi tanya pada diri kita kembali, ikhlaskah hati kita disaat kita meminta ? Adakah hanya kerana cinta pada manusia semata-mata?

"Jodoh itu unik. Seringkali yang dikejar-kejar menjauh. Yang tak sengaja mendekat. Yang seakan sudah pasti menjadi ragu. Yang awalnya diragui menjadi pasti. Yang selalu diimpikan, tak berujung pernikahan. Yang tak pernah difikirkan, bersanding dipelaminan. "- Unknown

 Allah itu Maha Adil.

Dia mendengar setiap permintaan kita. Setiap pengharapan. Setiap bait-bait doa.

Walaupun kita seorang pendosa, Allah masih tetap memakbulkan doa-doa kita. Tanpa sebarang perasaan benci.

Tapi jika begitu, kenapa masih tidak memakbulkan apa yang kita mohon itu?

Kenapa Allah biarkan kita bersedih andai benar Dia sayangkan kita?

Kita terlupa siapa diri kita. Siapa kita yang sebenar. Apa hak kita untuk mempertikaikan setiap aturan Allah?

Allah tak kejam. Tak pernah sekalipun Dia kejam terhadap hambaNya.

Kita hanya tahu menunding jari. Hanya tahu menyalahkan setiap takdir yang telah ditetapkan bila mana keinginan dan kemahuan kita tidak dipenuhi.

Tanpa kita sedar, Allah pegang semua permintaan kita itu kemas-kemas.

Allah tak tunaikan semua kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik buat dirikita.

Dia telah aturkan perjalanan yang jauh lebih indah dari apa yang kita rancang.

 "Percaya saja. Tuhan menggenggam semua doa. Lalu dilepaskanNya satu persatu di saat yang paling tepat. Sabar"

Allah takkan biarkan hambaNya berduka selamanya.

Dia hanya mahu kita kembali ke jalanNya. Ke jalan yang lebih sepatutnya.

Dia berikan perpisahan supaya kita sedar itu bukan yang terbaik buat kita. Bukan juga bermakna Allah tidak sayangkan kita,

"Kadang, tanda cinta Allah terhadap seseorang itu Allah akan biarkan hati dia hancur berkali-kali sampai dia rasa tak ada harapan lagi di dunia ini. Dan itu akan membuat dia punya harapan hanya untuk Allah sahaja. - Syeikh Abdul Kadir Jailani."

 Allah tahu apa yang terbaik. Dia aturkan semuanya menjadi cukup indah.

Kita hanya perlu yakin dan menanti saat dan ketika itu tiba. Dekatkan diri padaNya. Menangislah memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah lalu.

Semoga Dia permudahkan jalan kebahagian kita.

Bila tiba masanya, kebahagian yang sebenar akan berkunjung tiba.

Kebahagian yang kita sendiri tidak pernah terfikir dan terlintas. Apatah lagi kebahagian yang hadir bersama redha Allah.

Trust in Allah timing. Rely on His promises. Wait for His answers. Enjoy His blessing. Relax in His Remembrance.

Janganlah kita salahkan takdir andai perpisahan berlaku.

Kita sepatutnya bersyukur kerana Allah sudah mempeliharakan diri kita dari kedukaan yang lebih dalam.

Atas sebab itu Dia sedarkan kita dari mimpi dan impian palsu itu lebih awal.


Cinta, jika bukan bermisikan syurga, nikmat bahagia tidak akan kekal lama.
Yang namanya cinta akan tiba hanya bila kita terlebih dahulu mendahulukan Tuhan dan ayahbonda dalam semua perkara.
Percayalah "dia" nanti akan muncul di depan mata tanpa disangka-sangka.
saat itu barulah kita tahu betapa benarnya untuk meletakkancinta pada tempatnya sebelum hadirnya "dia". - Diagnosis2
Andai Allah tak sayang kita, mungkin Dia akan biarkan kita terus hanyut dengan cinta palsu yang kita bina sendiri itu.

Dan akhirnya kita rebah tersungkur bersama luka yang dalam hingga tidak mampu lagi untuk bangkit kembali.

Maka, yakinlah dengan ketentuan Allah.


"La Tahzan innallaha ma'ana"
"Don't be sad. Allah is with us."




0 Comments:

Post a Comment


|